Lagi Pusara Tanpa Nama.

Satu lagi pusara yang tidak dapat dipastikan siapa pemiliknya. Berada di tengah² belantara muda, kelihatan saiz 3 buah pusara/maqam ini lebih panjang berbanding pusara biasa. Kepuk ini telah dibuat baharu dan difahamkan saiznya mengikut taburan batu kapur yang ditaburkan di atasnya dan asalnya tanpa bernesan.

Maka dapatlah kita faham bahawa pemilik pusara ini telah dimuliakan melebihi individu biasa oleh seseorang yang mengkebumikan mereka di sini. Boleh jadi seorang berketurunan raja² adalah lebih diyakini kerana ada beberapa kejadian yang diceritakan berkait dengan pihak istana. P&C.




Inilah satu masalah besar bagi kami. Untuk mengenalpasti pusara yang ada tanda² milik kerabat istana, terus jem kerana rujukan yang ada sangat-sangatlah terhad. Tak ramai lagi yang nak menulis dan merekodkan jumpaan² maqam dalam kawasan yang terpencil, tambahan jika 'point of interest' mereka tidak ke arah itu, maka sesebuah maqam itu akan ditinggalkan begitu sahaja. Ini benar² merugikan.

Dan bila melibatkan istana juga, sedia maklumlah, agak sukar sebenarnya nak menembus ke dalam sekiranya tiada 'kabel' yang cukup kuat walau pun niat kita betul dah. Ada kes yang maqam² sebegini memang sengaja tidak mahu ditemui dan dikenali, berkemungkinan akan merencatkan agenda sesuatu/seseorang.

Siapa pun yang menghuni di dalamnya, semoga doa dan sedekah bacaan ummul kitab kita sampai kepada mereka.. Inshaa Allah.. Al-fatihah..

Posting ini berkait dengan posting sebelum ini. (Melukis sejarah)

No comments:

Post a Comment