DUA VERSI SEJARAH KOTA LUKUT.



1. Versi Muzium Kota Lukut

Menurut catatan sejarah, Raja Juma’at membina istana sekaligus kota pertahanan dan gedung menyimpan bijih timah yang dikuasainya di Lukut. Beliau merupakan salah seorang yang sangat kaya di Selangor kerana kejayaannya menjual hasil jualan bijih timah ke Melaka (Lukut) terletak di bawah kekuasaan Selangor pada 1820-an). Bagaimanapun, Raja Juma’at bukanlah pengasas sebenar Kota Lukut sebaliknya orang yang mula-mula sekali mengasaskan Kota Lukut bernama Raja Busu iaitu salah seorang kerabat Diraja yang berasal dari Selangor.

Muzium Kota Lukut ini asalnya adalah sebuah tapak kota pertahanan atau sebuah kubu pemerintah Melayu iaitu Raja Busu, iaitu anak Sultan Selangor ketika itu. Kubu ini terletak di puncak bukit yang dikenali sebagai Bukit Gajah Mati atau Bukit Raja, dan boleh dilalui melalui jalan dari arah kaki bukit. Kubu ini menghadap ke arah pekan Lukut dan memberikan pandangan tanpa terlindung oleh Sungai Lukut, persekitarannya dan juga Selat Melaka.

Dibina oleh buruh dari kalangan para banduan, berbentuk segi empat dengan ukuran kira-kira 200 meter panjang dengan 170 meter lebar. Dinding batu laterit merah dikelilingi oleh parit lapan meter lebar dan antara 8-10 meter. Hutan buluh telah ditanam pada bahagian bawah parit dengan dinding batu diletakkan meriam. Meriam juga diletakkan di pintu masuk utama ke kubu, di dinding utara, dan pintu masuk yang kecil di sebelah bahagian dinding arah barat. Dulunya sebelum kemerdekaan, Kota Lukut ini dan kawasan daerah sekitar sini adalah tertakluk di bawah jajahan kerajaan negeri Selangor. Pada tahun 1815. Lukut pernah menjadi pusat perlombongan bijih timah yang penting khususnya di Sungai Lukut dan Sungai Ujong (Seremban)

Raja Busu adalah anak Sultan Muhammad Shah (Sultan Selangor Ke-3) yang memerintah dari tahun 1826-1858, telah datang ke Lukut dengan pengikut-pengikutnya dari Selangor, Kedah dan negeri-negeri lain untuk membangunkan sumber-sumber bijih timah yang kaya. Beliau menggalakkan pelombong Cina, terutama dari Melaka, menetap di kawasan tersebut dan bekerja di lombong bijih timah. Dia adalah seorang pentadbir yang berkesan dan daerah Lukut menjadi makmur, dengan lebih ramai pelombong Cina dibawa masuk mengembangkan pengeluaran lombong-lombong bijih timah.

Pada tahun 1834, Raja Busu memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak sepuluh peratus (10%) ke atas timah semua yang telah diekstrak dan dieksport keluar dari Lukut. Peraturan baru ini telah menyebabkan kemarahan para pelombong dan peniaga cina, serta para penyokong kewangan mereka di Melaka. Pada suatu pagi yang gelap, lebih kurang pada bulan September tahun 1834. Satu kejadian tragis dan menyedihkan telah berlaku apabila para pemberontak di kalangan orang cina telah MENYERANG Istana Raja Busu di Kota Lukut ini. Mereka telah menyusun serangan dengan rapi tanpa diketahui oleh sesiapa di kalangan orang Melayu ketika itu.

Para pemberontak ini telah berjaya membunuh para pengawal di sekitar kota. Kemudian mereka mengepung istana Raja Busu. Dengan dipenuhi perasaan marah yang meluap-luap, mereka menjerit dan menuntut Raja Busu untuk keluar dari istana atau mereka akan MEMBAKAR istananya. Raja Busu yang mendengar kata-kata pemberontak cina yang telah mengepungnya ini menjawab:

“Kami orang Islam tidak takut untuk mati, lakukanlah apa yang kamu suka jika kamu berani!”

Apabila mendengar jawapan Raja Busu ini, para pemberontak cina telah menyerang dan membakar Istana dan rumah Melayu berdekatan, dengan beratus-ratus orang melayu yang dirompak dan juga dibunuh. Para pemberontak dari kalangan pelombong cina ini telah membunuh mereka dengan KEJAM, termasuk Raja Busu sendiri, isteri dan anak-anaknya. Dipercayai semasa Raja Busu melawan dan keluarganya cuba untuk menyelamatkan diri, mereka telah ditangkap dan telah dicampakkan ke dalam api istana mereka yang sedang terbakar. Adalah dipercayai, hasil rompakan yang diperolehi dari istana Raja Busu berserta segala perhiasan dari China termasuk, emas permata sahaja dianggarkan kira-kira 3,500 paun.

Orang-orang Melayu yang terselamat dari serangan ini melarikan diri ke kawasan desa dan daerah berhampiran dan segera menyampaikan berita sedih ini. Mendengarkan berita PEMBUNUHAN RAJA BUSU dan keluarganya yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam api istananya sendiri. Orang-orang Melayu di sekitar negeri dan daerah ini telah SEGERA berhimpun dan bersedia untuk menyerang balas Lukut sebagai membalas dendam atas PEMBUNUHAN dan KEMATIAN seorang anak raja Melayu oleh para pendatang cina di sana.

Akibat serangan balas orang-orang Melayu, orang Melayu yang marah terhadap KEBIADAPAN, KECURANGAN DAN PENGKHIANATAN orang2 Cina yang membunuh Raja Melayu ketika itu, orang-orang cina yang memberontak tadi segera melarikan diri ke sempadan British Melaka. Namun mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh orang-orang Melayu yang telah siap sedia mengepung kawasan laluan keluar dari Lukut.

Ramai orang-orang cina lari memasuki Melaka yang ketika itu dibawah pemerintahan British Melaka untuk berlindung. Oleh kerana itu, terdapatlah nama Lubuk Cina di Melaka, iaitu Lubuk Cina Besar dan Lubuk Cina Kecil sempena mengambil nama tempat pelarian-pelarian dari kalangan orang cina yang yang berlindung sebagai PELARIAN.

https://psssklukut.wordpress.com/sejarah-lukut/
.

2. Versi Undang Undang Kedah (UUK)

Kota Melaka sebenarnya terletak di Kota Lukut bukannya di A Farmosa. Sepatutnya dimana Sultan Mahmud bersemayam, disitulah Kotanya. Mengikut bahasa Siam Kedah, Pha-mo-ser membawa maksud, bawa-tentera-berpengetahuan. Bagi kita, A Farmosa adalah nama khas dan dikatakan tidak ada makna dalam Bahasa Portugis hari ini. Kota Lukut adalah tempat bersemayamnya Sultan Mahmud Syah, Khalifatullah Akhirul Zaman sebelum baginda diserang oleh tentera Belanda dalam tahun 1641 dan Pha Mo Ser adalah tempat tinggal tentera Portugis baginda yang mengawal Selat Melaka selepas kematian Laksemana Cheng Ho.

Mengikut Undang Undang Kedah baginda masih bersemayam di Melaka (Istana Alam Syah, Kelang) dalam tahun 1657 (Undang-Undang Kedah,ms 98), selepas Melaka (Kota Lukut) diserang oleh tentera Belanda dalam tahun 1641. Kota Lukud letaknya di Bukit Raja berhampiran dengan Sungai Lukut, dimana terdapatnya lombong-lombong bijih timah yang diusahakan oleh penduduk tempatan dan orang-orang Melayu dari keturunan Minang. Jajahan Melaka ketika itu luas termasuklah Selangor, Johor , Pahang dan Kepulauan Riau. Negeri Sembilan ketika itu belum ada lagi dan dibuka dizaman Belanda menjajah Melaka (Kota Lukut). Kota tersebut kemudiannya turut diduduki Raja Jumaat ibni Raja Jaafar sekitar tahun 1800 keatas.

Kota A Farmosa ini seperti kita ketahui terletak di Bandar Hilir dan telah dibina oleh orang-orang Portugis yang dikatakan menjajah Melaka. Sekiranya Melaka dijajah Portugis bermula tahun 1511, mengapakah Sultan Mahmud Syah masih bersemayam di Kota Lukud dalam tahun 1641. Maklumat kami mengatakan Maharaja Siam Islam yang memerentah Ayuthia menghantar tentera Portugis ke Melaka untuk mengawal Selat Melaka menggantikan armada laut Laksemana Cheng Ho. Orang-orang Portugis ini telah berdagang dirantau ini semenjak di Goa India dan tidak memusuhi Islam disebabkan Goa juga adalah sebahagian dari Empayar Monggol.

Kedatangan mereka ke Melaka kerana perentah Maharaja Siam Islam yang juga merupakan sebahagian dari Empayar Monggol India dan ini ada tercatat dalam sejarah Ayuthia di Thailand hari ini. Jika kita fikirkan berapa kuat sangatkah Portugis yang jauh merantau dari Portugal ketika itu untuk menentang tentera Monggol India ini, sudah pasti mereka mudah dihancurkan Monggol yang mungkin turut juga akan mendapat bantuan Kerajaan Parsi. Mereka memilih untuk bersahabat.

Kami berpendapat, Kota A Farmosa telah diletupkan oleh penjajah Inggeris bagi menutup bukti sejarah, sepertimana yang berlaku di Sungai Mas, pada Istana milik Raja Merong Mahawangsa, candi Lembah Bujang dan 15 istana lain di Kedah. Semasa meletupkan Kota A Farmosa ini, penjajah Inggeris ini sudah pun berkuasa di Melaka dan bukan lagi berperang ketika itu. Catatan Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah mengenai kemusnahan ini pula tamat dalam tahun 1843. Tidak mustahil kerja-kerja letupan dijalankan dalam tahun 1818 seperti tercatat dibawah.

Wasiat yang diterima dari Sultan Jaafar Muadzam Syah pula mengatakan Kota Raja Merong Mahawangsa dikatakan masih berdiri tegak tanpa penghuni semasa pemerentahannya, dari 1862-1876. Mengikut TNL Mahmud, ia diroboh/diletupkan dan ditimbus sekitar tahun 1876-1881 dengan peledak yang dibeli di Pulau Pinang. Tanah kawasan ini kemudiannya diberikan kepada penduduk kampong untuk didirikan rumah-rumah penduduk kampung. Begitu juga dengan kawasan Makam Raja Merong Mahawangsa di Kg Langgar, Merbok adalah kawasan perkuburan diraja yang jauh lebih besar, tapi tanahnya diberikan kepada orang awam untuk untuk di jadikan ladang getah.

http://sejarahnagarakedah.blogspot.my/…/musnahnya-kota-port…

1 comment:

  1. As Salaam Tuan
    Sejarah Kota Lukut ini menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut lagi. bagaimana cara untuk saya menghubungi penulis cerita Kota Likut?

    ReplyDelete