Pengkalan Kempas

15042017. Kota Simpang.
1. Sebaik selesai di tapak batu bersurat Pengkalan Kempas, kami bergerak menuju tujuan sebenar kami mengorbankan hari sabtu yang sangat berharga minggu tersebut.
2. Turun sendiri ke lapangan sentiasa mengujakan. Kali ini kami putuskan untuk bawa satu sahaja 'metal detector' dan saya tinggalkan yang saya punya dalam kereta. Memang niat asal nak buat tinjauan santai sahaja.
3. Setelah lebih kurang 2 jam berjalan kaki, akhirnya kelibat struktur ini dapat kami lihat dengan mata sendiri. Jujurnya, hati saya berbolak-balik ketika itu. Nanti saya bagitahu kenapa boleh jadi begitu.
3. Di atas peta tahun 1974 ia ada dicatatkan sebagai 'kota' yang mana di sisi kiri dan kanan kota ini mengalir sungai Linggi dan sungai Rembau.
4. Dikatakan juga kota ini telah dibina sekitar 1850an, adalah air tangan individu yang hanya dikenali sebagai Lebai Kulub bersama pengikut² beliau ketika itu. Mungkin ada dicatatkan nama sebenar beliau di mana², makanya sekiranya sesiapa tahu, bolehlah kongsikan.
5. Fungsi kota ini pula sebagai pejabat bagi mengawal selia trafik di samping memungut cukai dagangan kapal² dan perahu yang melalui kedua² laluan tersebut. Kira macam balai kastam la.
6. Jika ditinjau pada pentarikhan, senibina dan bahan² yang digunakan, sinonim dan sezaman dengan Kota Lukut di P. Dickson, N9 dan Kota Long Jaafar di Bukit Gantang, Perak. Pada sesetengah struktur masih kelihatan berdiri kukuh cuma sudah tidak berbumbung lagi.
7. Disebabkan lokasinya berada di simpang dua buah sungai, maka nama Kota Simpang adalah amat sesuai namun tak pasti pula siapa yang menamakannya.
8. Jadi boleh dibayangkan betapa pentingnya kota dan lokasi ini di zaman kegemilangannya. Ini juga sebab hati saya berbolak-balik sebaik 'masuk' ke kota ini. Lokasi yang sangat strategik ini pasti pernah menjadi tumpuan atau barangkali rebutan pihak² tertentu di masa lalu seawal Kesultanan Melayu Melaka lagi.
9. Terus terbit dalam kepala.. 'kota atas kota'. Wallahua'alam.. Tidak nampak mustahil makanya kebenarannya harus dikaji dan digali agar suatu hari nanti akan terbukti seperti penemuan kami, sekeping syiling British North Borneo bertarikh 1874 dan serpihan tembikar Dinasti Ming dan Dinasti Qing di lokasi.
10. Di sini bahagian menariknya... Kami di fahamkan lokasi ini telah pun 'dilawati' pada 2012 yg diatur PERZIM ke Kota Simpang dan disertai agensi² lain seperti Jabatan Warisan Negara (JWN), Jabatan Muzium Malaysia, Pejabat Tanah dan Galian Alor Gajah, Majlis Perbandaran Alor Gajah serta bahagian promosi pelancongan.
11. Satu keputusan telah dicapai untuk membaikpulih kota ini yang mana semua tahu Jabatan Warisan Negara adalah pihak yang seharusnya bertanggungjawab membangunkan dan menyelia sebaik mungkin semua tapak² warisan sejarah negara.
12. Namun macam biasa, kekurangan modal adalah kata-kata hikmat yang selalu mereka dendangkan setiap kali dipersoalkan kredibiliti mereka.
13. Bila aktivis² sejarah bebas seperti kami membuat penerokaan dan sedaya upaya menyelamatkan artifak² yang termampu kami pikul, akan dituduh pula sebagai penjarah dan penceroboh. Ketelusan jabatan ini semakin boleh dipertikaikan jika masih bersikap melepaskan betuk di tangga seperti ini.
14. Yang pasti urusan kami masih belum selesai dan saya secara peribadi masih punya 'unfinished business' di sini..



































No comments:

Post a Comment